
Sulit
3 tahun
Tapak tangan kebas selepas 2nd Dose
Hi,i am girl 16 yr old.2 Hari lepas saya ada ambil vaksin pfizer.Masa menunggu 15 minit tu saya ada rasa kepala saya pusing.tapi saya ingat macam sekejap je and saya boleh tahan.And Hari ni saya pusing rasa cam nak pitam lagi.Tapak tangan saya pun kebas dari petang sampai ke tengah malam ni.Dah urut pun masih kebas lagi.Saya pun berpeluh banyak walaupun tak panas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Oleh itu, jika anda mengalami selain daripada gejala yang saya sebutkan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini