
Sulit
4 tahun
Tarik nafas rasa ketat
Saya lelaki berumur 40 tahun…dalam 2,3 hari ni saya terasa ketat bial tarik nafas…Tak ada sesak nafas tapi perut say kembung dan susah buang air besar dah lebih 4 hari…saya dah pergi klinik tapi doc hanya bagi ubat angin…tapi rasa ketat dan sakit celah ketiak…dalam anggaran 1-10 sakit saya 1@2…tapi x selesa…apa yg perlu saya buat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- kegagalan jantung
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.