
Sulit
4 tahun
Tarikh hadi tidak teratur
Saya wanita brumur 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mempunyai masalah dengan tarikh haid. Sebelum ini saya telah pergi ke klinik untuk rawatan tetapi Dr telah memberikan saya pil perancang untuk dimakan selama 3 bulan. Setelah saya makan pil trsebut. Haid saya terlalu lama sehingga 15hari. Setelah 6 hari kemudian, haid saya datang lagi dengan kuantiti yg banyak sama mcm tempoh 15 hari sebelum ini. Adakah haid saya sekarang ini dikira darah haid atau darah istihadah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur dan menjadi terlalu lama dan berlebihan setelah diberi ubat pil perancang.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur kadangkala merupakan masalah yang tidak serius melainkan ia berpanjangan dan semakin teruk.
Sekiranya ini kali pertama anda mengambil pil perancang, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengalami haid yang berpanjangan ataupun kerap kali kerana pil perancang mengandungi hormon wanita yang boleh mempengaruhi tisu dalam rahim. Rahim ataupun badan anda tengah berada dalam fasa menyesuaikan diri dengan penggunaan pil hormon tersebut.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran yang tidak diingini.
Selalunya perkara ini berlaku hanya selama 3 bulan dalam tempoh pengambilan pil perancang tersebut. Sekiranya anda mengalami pendarahan yang berlebihan pada waktu lebih dari 3 bulan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perihal ini.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab berlakunya haid yang berpanjangan iaitu:
- Penggunaan pil perancang
- Ketidakseimbangan hormon
- Kehamilan
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Endometriosis : penyakit ketumbuhan tisu rahim diluar rahim
- Masalah tiroid
- Masalah pendarahan
- Kanser serviks atau ovari.
Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih