
Sulit
4 tahun
Tatacara pengambilan omega 3 dan ubatan lain ketika puasa
Assalamualaikum.
Kandungan acid uric dan kolestrol saya agak tinggi. jadi sy di sarankan untuk mengambil ural (untuk acid uric) dan omega 3 (untuk kolestrol) di samping jaga pemakanan dan jaga berat badan. Untuk bulan puasa, macam mana cara pengambilan ubatan tersebut? boleh ke saya nak ambil waktu sahur? atau saya perlu stop ambil sebab takut pengambilan air pula tidak mencukupi selepas ambil ubat tersebut.
minta pandangan doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen ini mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung atau di atas talian agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan sepanjang bulan puasa.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.