
Sulit
3 tahun
TB dan pengambilan paracetamol
Saya sedang dlm proses mengambil ubat TB untuk latent TB. Dan dua hari lepas saya demam dan mengambil paracetamol. Setelah ambil paracetamol saya sakit bahagian bawah belakang dan sakit untuk kencing. Saya baru bace yang x boleh amik Paracetamol dgn ubat TB. Adakah ini betul? Apakah yang patut saya buat seterusnya. Dah 2 hari ambil paracetamol.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat Rifampicin, Isoniazid dan Pyrazinamid memiliki kesan samping iaitu gangguan kerja pada hati, dimana penggunaan Paracetamol tidak disarankan pada orang dengan gangguan hati karena ditakutkan akan menyebabkan keadaan toksik pada hati.
Oleh sebab itu, sebelum minum Paracetamol, saya sarankan anda untuk berkonsultasi langsung dengan doktor anda, agar doktor dapat melakukan penilaian pada keadaan fungsi hati anda saat ini (penilaian gejala dan tanda seperti mual, muntah, nyeri perut kanan, perut terasa kembung, hingga badan tampak kuning) atau bila diperlukan, doktor dapat melakukan pemeriksaan fungsi hati dari darah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor