
Anonymous
4 tahun
Tb limfa atau kalenjar
saya berusia 31thn dan ada penyakit tb ,benjolan di leher. saya telah mendapat rawatan dgn memakan ubt dan skrg dlm fasa sambungan,benjolan pun dah surut tetapi sy perasan mcm ada benjolan baru di bahagian situ dan ada keluar nanah sikit dibahagian leher tu. Sy nk tanya dktor adakah kuman tb merebak dan mungkin kena lakukan pembedahan atau tempoh rawatan dilanjutkan? lg 1

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Berdasarkan penerangan anda, benjolan itu berkemungkinan besar adalah kelenjar limfa anda. Kelenjar limfa memainkan peranan penting dalam mempertahankan tubuh badan kita daripada jangkitan kuman. Kelenjar limfa biasanya membesar ketika jangkitan berlaku.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan virus seperti adenovirus, herpesvirus, coxsackievirus, EBV dan CMV. Biasanya, kelenjar limfa yang membesar itu sakit tetapi tidak menjadi merah atau panas.
- Jangkitan bakteria seperti Streptococcus. Secara umumya, kelenjar limfa dalam keadaan ini sakit, merah dan panas apabila disentuh.
- Radang telinga dan jangkitan kulit di bahagian leher dan kepala.
- Penyakit tibi (kemungkinan penyakit tibi yang merebak ke kelenjar)
- Kanser seperti leukemia dan limfoma. Walaupun penyakit ini tidak berkemungkinan besar menjadi punca gejala yang anda alami, kami masih perlu mempertimbangkan kanser kerana komplikasinya lebih serius.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.