
Sulit
4 tahun
Teh dan kitaran haid
Last saya period 27/11… lepas masuk bulan 12, hampir setiap hari saya minum teh ini setiap malam selepas makan untuk menpercepatkan pencernaan… sehingga sekarang sya tak datang period… saya tbaca satu article mngatakan teh hijau akan meningkatkan kitaran haid. Adakah ia benar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, teh hijau merupakan minuman yang kaya dengan antioksida. Ia bagus untuk tubuh badan dan memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, kajian saintifik tidak lagi boleh membuktikan bahawa ia mampu mempengaruhi kitaran haid wanita.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.