
Sulit
5 tahun
Teh detox dan pil perancang
Saya wanita berusia 24 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak…untuk menjarakkan kehamilan saya makan pil perancang yasmin…persoalannya adakah saya boleh minun teh detox? Adakah teh detox boleh menyebabkan pil perancang yang saya makan tidak berkesan? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami memerlukan senarai bahan-bahan dalam teh detox tersebut untuk kami membuat kesimpulan sekiranya terdapat interaksi antara bahan-bahan tersebut dan pil perancang.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang herba atau bahan detox kerana pil perancang memiliki kebolehan untuk berinteraksi dengan kebanyakan herba.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.