
Sulit
5 tahun
Tekak ade benda kerap sendawa
saya nak tanya bile lepas makan saya kerap semdawa dan tekak saya rasa mcm ade benda sudah lebih 3 minggu dan badan lenguh2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sendawa merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi selepas makan. Pada pendapat saya, ianya bukan masalah yang serius dan anda tidak perlu risau.
Untuk masalah tekak anda, ia masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda awasi dahulu gejala yang anda hadapi. Sekiranya ia semakin parah saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih