
Sulit
4 tahun
Tekak ade kahak tapi xbatuk bdn kjp pns sjuk kdg ok
Sya wanita umur 20 sya nk tnya sya ade kahak dalam tekak tpi sya xbtuk

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gangguan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Umumnya kahak adalah sesuatu zat kotor yang telah ditapis oleh saluran pernafasan. Keberadaan kahak menandakan sistem saluran pernafasan anda berkerja dengan baik. Kahak juga kebiasaanya akan lebih banyak di waktu pagi, hasil dari aktiviti saluran pernafasan yang lebih banyak saat kita tidur di waktu malam.
Namun ia juga boleh menendakan keradangan sekiranya disertai gejala seperti yang berikut pada kawasan leher atau tekak:
- Gatal-gatal
- Panas
- Bengkak
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.