
Sulit
3 tahun
Tekak anak bernanah dan demam
Hi doctor…saya ingin bertanya…anak saya masuk ni dah 3hari demam…semalam lergi ke hospital kerjaan…doc check toksil anak saya bengkak dan merah…dan harini saya pergi ke klinik swasta sebab mulut anak saya ada sedikit berbau busuk dan ada binjolan dibawah telinga dia…dan doctor sahkan tekak anak saya bernanah…persoalannya doktor normal ke kalau dia tidur bunyi berdengkur dari mulut…maksdunya dia bernafas dari mulut…dan hidung macam tersumbat…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyatan anda, anda ingin mengetahui tentang gejala tidur berdengkur dari mulut oleh anak anda. Kami akan cuba membantu.
Umumnya gejala berdengkur dapat berlaku apabila tisu atau struktur pada saluran udara atas seseorang bergetar, membuat mereka bernafas sekaligus mengeluarkan bunyi ketika mereka tidur. Fenomena ini boleh berlaku disebabkan oleh:
- kesesakan (congestion) akibat selsema, alahan atau jangkitan
- struktur septum yang menyimpang
- kesan sampingan ubat-ubatan
Namun begitu, gejala tidur berdengkur juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- obstuctive sleep apnea
- central sleep apnea
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.