
Sulit
5 tahun
Tekak bengkak sebab tercekik tulang ikan
semalam saya tercekik tulang ikan. dkt sebelah kiri tekak. mlm tadi saya rasa mcm dah takde tapi tekak saya sakit dan mcm bengkak dkt sebelah kiri. kenapa ya doctor ? mcm mana saya nk tahu yg tulang ikan tu bebetul dah takde?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan bengkak yang terjadi adalah akibat inflamasi ataupun luka daripada tulang ikan tersebut. Sementara itu, sukar untuk kami pastikan sekiranya tulang tersebut masih ada atau tidak berdasarkan deskripsi anda disini sahaja. Sebaiknya anda meminta bantuan teman lain untuk melihat kondisi tekak anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.