
achik_aiman26
5 tahun
Tekak berasa ada sesuatu tersekat
Saya makan minum semua ok tiada masalah tetapi selepas makan terasa tekak macam ada sesuatu yg melekat …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengetahui punca anda berasa sesuatu dalam tekak anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami juga memerlukan maklumat lanjut tentang masalah anda, serta latar belakang kesihatan yang lain. Terasa sesuatu ketika menelan makanan boleh berpunca daripada pelbagai perkara:
- Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian tekak boleh menyebabkan sakit pada bahagian sepanjang saluran tekak
- Luka atau radang akibat makanan keras atau terlalu banyak menggunakan suara
- Ketumbuhan pada saluran tekak
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih