
Sulit
4 tahun
Tekak berasa gatal dan bayi batuk
Salam sejahtera dr.soalan sy…sy dan anak berusia 9thn,berasa gatal2 pada tekak…bayi sy berusia 2bulan lebih pula mengalami batuk tp bayi sy aktif…adakah ni semua tanda2 covid…dan benarkah covid boleh sembuh dengan sendiri…kami berada dalam kwsan zon merah…mohon pencerahan dri dr…terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini.
Anda dan bayi anda berada di zon merah.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa simptom COVID-19 yang anda boleh kenalpasti dan rawat simptom di rumah, antaranya ialah:
Simptom yang sering berlaku
- demam
- batuk kering
- keletihan
Simptom yang kurang berlaku
- sakit badan
- sakit tekak
- cirit birit
- konjunktivitis
- sakit kepala
- hilang deria rasa
- ruam pada kulit
Simptom yang serius
- sesak nafas
- sakit dada
- hilang kemampuan untuk bercakap
Buat masa ini anda perlu memantau diri jika anda mempunyai gejala-gejala yang disenaraikan di atas. Jika anda rasa kurang sihat anda boleh ke klinik kesihatan atau klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Kuarantin hanya disarankan kepada seseorang yang mempunyai gejala dan lebih-lebih lagi kontak rapat pesakit positif atau baru pulang dari tempat berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai simptom yang serius anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera untuk merawat. Individu yang mempunyai simptom yang ringan ataupun keadaan sihat anda perlu merawat simptom daripada rumah. Namun begitu ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini