
dalemakeover
5 tahun
Tekak berasa ketat & sakit Dada bila malam
Hi Dr…sya nak tnya kenapa sy rasa tekak sy ada sesuatu Dan ketat… bila nak telan air liur susah nak telan tapi tak sakit… kepalaa Dan dada seperti cucuk2 juga ikut sakit… tadi pegi jmpa doctor, doctor kata tonsil or bengkak Kat leher… Dr bagi antibiotics , ubat kumur, dan pil untuk hisap… anything I should do or consume?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi dan keterbatasan untuk kami memeriksa anda.
Memandagkan anda sudah berjumpa dengan doktor di klinik dan telah mendapatkan rawatan bagi masalah anda, saya cadagkan anda ikut nasihat yang diberikan oleh doktor dan makan ubat mengikut arahan.
Sekiranya ia menjadi semakin parah, saya cadangkan untuk anda berjumpa lagi dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan lain yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.