syazanibaharuddin
5 tahun
Tekak berkahak dan terasa ingin batuk semenjak pulang dari hokkaido. Punca dari simptom Covid atau disebabkan cuaca panas? Mohon pencerahan dari doktor
Selamat sejahtera doktor, baru2 ni sy telah ke hokkaido bermula 25 feb sehingga 1 mac. Pada 3 mac tekak sy terasa berkahak dan sesekali terasa ingin batuk. Sy telah ke hospital dan pihak hospital telah ambil sample swab test(klu tak silap namanya). Doktor beritahu sekiranya positif covid, pihak hospital akn menghubungi sy semula dan tidak akan menghubungi sekiranya negatif…sehingga sekarang 11 mac tiada apa2 panggilan sy terima dr pihak hospital… adakah keputusan sy negatif? Simptom batuk punca covid ini bagaimana? Batuk berkahak atau batuk kering? Sy tidak mengalami sebarang demam,selsema dan sakit tekak sehingga sekarang…cuma terasa berkahak sedikit. Terima kasih atas maklumbalas doktor
5 tahun
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja pulang dari Hokkaido dan kini tekak berasa sakit dan batuk. Berkenaan dengan keputusan ujian pemeriksaan, anda perlu untuk menghubungi hospital tersebut kerana setiap hospital ada tatacara yang berbeza.
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil kuiz ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal). Anda boleh berhubung dengan kami untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui link berikut: https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di lawan sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































