
mishhberry
5 tahun
Tekak berkahak putih, hidung berlendir putih
Salam doktor, sudah seminggu tekak saya berkahak dan juga hidung saya berlendir berwarna putih. Kahak atau lendir tersebut kadang cair kadang berketul. Saya sudah makan ubat selsema yang warna kuning. Masih tak kering lagi hidung saya. Mohon pandangan doktor mengenai perkara ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu taraf kesihatan anda. Memandangkan keluhan yang berterusan ini dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit, justeru, adalah digalakkan bagi anda untuk merujuk doktor sebelum masalah ini memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.