izyanraihan97
5 tahun
Tekak berkahak sama dgn sakit tekak atau tidak?
fffAssalamualaikum saya umur 23 tahun, saya mengalami tekak berkahak, adakah itu sama dgn sakit tekak? dan adakah tekak berkahak simp
6 tahun
Waalaikumsalam
Sakit tekak boleh selalu disama ertikan dengan frasa ‘sore throat’. Manakala penghasilan kahak adalah daripada paru-paru serta sampai ke kahak dan mulut. Maksudnya, terma sebetulnya ialah batuk berkahak kerana perbuatan ini akan mengeluarkan kahak.
Sakit tekak dan batuk berkahak merupakan suatu sakit berbeza namun boleh berlaku secara serentak.
Sakit tekak boleh berpunca daripada:
- Radang tonsil
- Jangkitan kuman atau virus padak tekak
- Trauma pada tekak
- Ulser pada mulut
Manakala kahak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan Tibi
- Bronchiectasis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




























