
Sulit
4 tahun
Tekak dan sebahagian lidah kebas dan terasa kelat
Saya mengalami rasa kelat di tekak dan sakit sebahagian lidah selama hampir 3 bulan… ada batuk kadang kala… Sebelum ini saya pernah ke klinik untuk check tp doctor ckp xde sebarang bengkak dan tekak kelihatan normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah rasa kelat di tekak atau ketidakselesaan pada tekak boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- GERD
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
Dapatkan kelegaan tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Mengenai sakit pada lidah, secara umumnya, masalah ini boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- Jangkitan kuman
- Radang kalenjar - disebabkan penyakit auto-imun
- Terdapat luka / ulser di bahagian lidah
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika masalah ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih