Sulit
5 tahun
Tekak gatal, rasa seperti berlendir
23/3 saya keluar untuk ke hukm, untuk mendapatkan rawatan kimoterapi untuk anak saya. Saya mengalami gatal mata, telinga, lelangit, tekak, hidung dan hidung berair. Setelah mengambil ubat alahan, saya semakin baik malangnya saya mendapat gejala ketidakselesaan pada tekak terasa seperti ada lendir atau kahak membuatkan saya sesekali rasa untuk batuk bagi menghilangkan ketidakselesaan itu. Tetapi tidak demam, batuk berterusan. Jika saya makan ubat, berapa lama ia akan kembali pulih. Saya risau dengan virus melanda dunia sekarang. Dengan anak menghidap kanser. Dan hari ni selepas kimo suhu anak saya naik 37.2°
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami kebimbangan anda. Namun, berdasarkan keterangan anda, gejala anda menunjukkan diagnosis alahan. Selain itu, gejala anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































