
Sulit
3 tahun
Tekak Gatal selepas vaksinasi dos kedua
Saya wanita berumur 30 tahun. Pada 19/8 saya telah menerima suntikan vaksin pfizer dos kedua. Sehari selepas itu, saya ada mengemas rumah, membuang habuk. Dan kemudiannya saya merasa hidung saya seperti mahu selesema… Saya tidak mengambil Loratadine seperti biasa kerana khuatir akan kesan sampingan mengambil ubatan selain paracetamol selepas vaksinasi. Tapi saya ada membaca bahawa tidak mengapa untuk mengambil Loratadine selepas vaksinasi sekiranya perlu… Saya mula mengambilnya pada 22/8. Kini hidung saya sudah ok, tetapi tekak saya pula mula gatal. Saya pernah positive sebelum ini dan discharge pada awal bulan June yang lalu. Kadang-kala memang saya mengalami post-symptoms. Jadinya, adakah ini post-symptoms? Atau, adakah saya perlu menjalani saringan COVID-19?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut jika ia berterusan dan memudaratkan kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil test PCR jika anda masih risau terhadap gejala tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini