
Sulit
5 tahun
Tekak gatal tapi xsakit dan batuk
Saya 2 3 hari ini mengalami tekak gatal rasa seperti nk garu. Tapi tak batuk dan x ada sakit tekak. Kenapa ya? Adakah ini tanda2 awal nak batuk dan sakit tekak. Saya cuba minum lemon dan mkn bawang putih untuk meredakannya. Tapi xjadiapa2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Anda boleh cuba mengamalkan rawatan berikut untuk merawat tekak anda
Madu
Bernafas dengan wap air panas
Halia
Berkumuh menggunakan air garam
Anda disarankan untuk mengawasi dahulu gejala anda kerasa kebiasaanya masalah ini akan sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, sekiranya berlanjutan atau semakin parah, anda disarankan untuk berjumpa doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.