
Sulit
5 tahun
Tekak kering dan selalu rasa dahaga
Saya Sudah Lima hari tekak dan cuba ambil sobenz , biasanya berapa hari kita kena makan ubat sobenz ini untuk pulih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tekak kering dan selalu rasa kering ini boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Kurang minum air kosong
- Jangkitan saluran udara
- Asid refluks (gastrik)
- Alahan
- Ketumbuhan - gejala lain seperti lemah badan, hilang berat badan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.