
Sulit
5 tahun
Tekak kering selama dua minggu. Saya tidak faham mengapa. Terdapat juga tekanan pada dada
Tekak sangat kering. Saya berjumpa doktor tiga kali. Doctor bagi preskripsi untuk mengurangkan bengkak. Masih tidak baik. Saya tidur di dalam bilik yang air con. Mendapatkan di pagi hari lebih tidak selesa. Kadang-kadang dada merasakan tekanan. Tiada selera baru-baru ini. Tidur keras pada waktu malam. Tiada batuk dan tiada demam. Perut tidak akan berasa lapar.dah dua minggu… Ini Ada ke covid19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk mengetahui risiko, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh:
- dehidrasi
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini