
hafizie83
5 tahun
Tekak kering suhu badan xmenentu kejap tinggi kejap biasa
Saya wanita berumur 37 thn saya dmm onn offf n tekak kering hari ke 9 saya telah buat saringan corvid 19 di poliklinik swasta dia mengambil sampel tekak n hidung result dia adalah negative.tp hari ni dah ari ke 12 tekak kering juga.dah buat xray di hospital doktor kata xde mslh.nak tanya corvid ni bertahan dlm badan berapa lama.apa yang perlu saya buat.kalau tido waktu malam berpeluh2 tp ssejuk

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, tempoh inkubasi virus COVID-19 adalah selama 14 hari dimana ianya akan memanifestasikan simptopm atau gejala selepas 14 hari. Tempoh virus berada dalam darah dan dalam badan adalah bergantung kepada individu.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini