Sulit
6 tahun
Tekak kering tidak bengkak atau berdarah
Saya lelaki 24 tahun ingin beritahu saya ada melakukan hubungan sex oral kepada seorang perempuan hanya melalui penis ke mulut, sejak dari hari itu saya risau saya mungkin dijangkiti penyakit berbahaya melalui hubungan oral sex itu. Saya sakit perut tiga hari selepas aktiviti itu, kemudian selang dua minggu lepas itu, saya mengalami tekak kering( tidak sakit atau bengkak, hanya kering) selama tujuh hari. Boleh saya tahu adakah ini merupakan simptom hiv atau penyakit std, atau hanya saya yang mengalami anxiety dan mempunyai simptom berikut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekak kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (Docto untuk bercakap dengan doktor kami.




























