
Sulit
4 tahun
Tekak kering wlaupun byk mnum air
Apakah pnyebab tekak kering?dan bagaimna cara mngatasinya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda,terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tekak kering dan punca paling utama tekak kering ialah dehidrasi. Namun terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan tekak kering seperti kencing manis. Antara terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kering tekak seperti:
- stres
- kegelisahan
- merokok
- bernafas melalui mulut
- mengambil ubat seperti ubat antihistamine, ubat untuk kemurungan, dan ubat mengurangkan selera makan
- penyakit autoimmune seperti sindrom Sjögren’s
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Antara rawatan yang boleh buat untuk tekak kering ialah:
- selalu minum air
- elak daripada menggunakan caffein dan tobacco
- kurangkan kegunaan gula dan garam
- menggunakan humidifier
- mengunyah gula-gula getah tanpa gula
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.