
salmiabintibahar
5 tahun
Tekak kurang selesa
saya wanita umur 25 tahun, sejak 1 minggu lepas saya rasa tidak selesa di bahagian tekak saya, ada benda yg saya rasa bila nak telan air liur yg membuatkan saya tk selesa.Tetapi saya tidak rasa sakit ataupun batuk2, makan pun tkde masalah cuma benda tu still ada walaupun saya dah try minum air bnyk kali. Adakah saya patut buat pemeriksaan dkt klinik dlm situasi ni?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah GERD
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.