
Sulit
5 tahun
Tekak perit dan kering
Selamat sejahtera Dr. Saya lelaki berusia 30thn. Saya mengalami masalah tekak kering dan perit. Kadang2 kahak terasa ade kahak tersekat. Tapi masalah ini berlaku tidak selalu,biasanya kerap pd waktu malam. Tekak rasa kurang perit bila selepas makan atau selepas minum air sua. Tapi akan datang semula dan kini saya sudah alami masalah ini berlarutan hingga 7 hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada jangkitan COVID-19, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Allergic rhinits
- Masalah pada kelenjar tiroid
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini