
Sulit
4 tahun
Tekak perit dan ludah keluar darah
ibu sy mengalami tekak perit dah nk dekat 2 bulan. tpi nk telan mkn dgn minum tk susah . semlm dia meludah keluar darah cair . apa punca nya ye ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perit di bahagian tekak dan ludah keluar darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana meludah keluar darah cair secara berterusan dengan selalu boleh menyebabkan anaemia atau kekurangan darah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.