
Sulit
5 tahun
Tekak rasa kurang selesa
Assalamualaikum… Saya berumur 34 tahun… Beberapa hari ni saya mengalami kahak y banyak dan ada yang saya rasa kahak melekat d bhgian tekak saya…tapi saya xda batuk atau selesema…saya selalu memaksa untuk mengeluarkan kahak terutama d bahagian tekak yang sedikit sukar untuk d keluarkan…dan sekarang saya rasa tekak saya kurang selesa…bila saya menelan kadang² terasa sedikit sakit… Saya tidak ada sejarah perjalanan ke luar negara,tidak ada contact dgn mana² pihak yang baru balik dr luar negara dan tidak ada contact dgn org² yang positif covid19…apa yang perlu saya bt??

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.