
Sulit
5 tahun
Tekak Rasa loya pening n badan Rasa Seram sejuk
Apa punca kesihatan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala berasa loya dan badan rasa sejuk boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keracunan makanan - selain loya, badan juga mungkin merembeskan hormon adrenalin yang boleh menyebabkan rasa kesejukan yang anda alami
- Alahan makanan
- Gejala awal radang tonsil
- Kesan ubat-ubatan
- Masalah organ seperti hempedu atau pankreas akibat keradangan, batu karang atau jangkitan kuman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.