
Sulit
4 tahun
Tekak rasa pahit bila makan atau minum
saya nak bertanya kat doktor kenapa tekak saya rasa pahit bila makan atau minum,lidah saya terasa sakit,sebelum nie saya kerap sakit kerongkong,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang esofagus (esophagitis)
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Karang tonsil
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Radang kelenjar air liur
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, maklumat lanjut mengebau gejala yang anda alami perlu diketahui dengan lebih mendalam. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala memerlukan perhatian daripada doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.