
Sulit
4 tahun
Tekak rasa sempit dan tidak selesa
Saya lelaki berumur 30tahun dan sejak-sejak ni saya alami sakit kat kerongkong terasa macam sempit dan tidak selesa apabila bernafas. Saya ada penyakit angin sejak dari dahulu lagi. Saya ingin bertanya apakah sebenarnya sakit yang saya alami kerana setiap hari saya akan merasakan macam ada sesuatu di leher saya atau bila saya menelan air liur terasa macam ada sesuatu di leher saya. Harap doktor dapat membantu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sakit tekak:
- Radang tonsil
- Radang tekak (pharyngitis atau laryngitis)
- Bendasing di dalam tekak (foreign body)
- Refluks asid atau GERD
- Radang tiroid (thyroiditis)
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan. Kami tidak dapat memberi sebarang rawatan kerana ia memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana hal ini memerlukan perhatian dan ia juga mungkin berpunca daripada masalah yang tidak dinyatakan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.