
Anonymous
5 tahun
Tekak rasa tidak selesa
Setiap sya mkan ubat… Tekak sya rasa xselesa… Mcm ada yg sngkut2. Hihi… Apakah pnyebab mcm tu?? Ada kah itu normal atau pun sebalik nya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “ stricture ”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.