
Sulit
4 tahun
Tekak sakit dan gusi berdarah
Saya berumur 27tahun,saya nak bagitahu disini saya ada masalah tekak sakit,gusi bengkak dan lidah ada putih2 mcm ulser semenjak saya menggunakan ubat gigi jenama x… Dalam tempoh seminggu sehingga sekarang… Demam sekejap2 ok sekejap demam…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, kami memahami masalah yang anda hadapi. Namun begitu, masalah anda perlu diperiksa dengan lebih teliti di klinik berdekatan supaya dapat melakukan pemeriksaan secara fizikal. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan tanpa melakukan pemeriksaan pada keadaan anda secara fizikal.
Namun begitu, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Masalah sakit tekak anda juga boleh berlaku disebabkan komplikasi masalah gusi anda seperti:
- Jangkitan gusi (Gingivitis)
- Jangkitan gusi dan gigi (Periondotitis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.