
nrlandia99
5 tahun
Tekak seperti ada sesuatu dan tidak selesa apabila menelan air liur tidak sakit apabila makan dan minum
Sy brumur 20 an dan sy merasakan tekak sy seperti ada sesuatu… Hal ini disedari apabila sy ingin menelan air liur… ianya terasa seperti ada pil yg tersekat… sebelum kejadian sy ada makan pnadol… sy ingat pnadol tersekat… ttapi apabila sy makan dan minum ianya tidak lega… sy juga tidak merasakan sakit apabila makan dan minum… cuma berasa tidak selesa apabila mnelan air liur kerana merasakan ada sesuatu di tekak… jadi apakah sebenarnya msalah yang sy hadapi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit tekak boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
Sememangnya keadaan ini amat tidak menyelesakan, anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Sekiranya sakit tekak tidak berkurangan atau bertambah teruk, sila dapatkan nasihat lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.