
Sulit
4 tahun
Tekak sering berkahak dan berbuih jernih
Hi dr. Adik lelaki saya mengalami ketidakselesaan tekak. Beliau tidak batuk tapi seringkali tekak rasa berkahak dan berwarna jernih bebuih. Beliau tidak dapat bercakap untuk jangkamasa yg lama kerana tekak akan rasa perit. Sebelum ini pernah berjumpa doc, tapi doc cuma bagi ubat batuk.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kembimbangan anda mengenai masalah kahak berbuih yang dialami kebelakangan ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah kahak berlebihan iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat kahak atau ubat melegakan hidung tersumbat dari farmasi yang berdekatan. Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu bagi memastikan punca masalah serta mendapatkan cadangan rawatan atau ubat yang terbaik untuk situasi anda. Kadangkala, anda memerlukan sejenis ubat yang mengandungi Anti-histamine dalam bentuk pil atau sembur bagi melegakan masalah kahak yang boleh disebabkan oleh alahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.