
Sulit
3 tahun
Tekak terasa kering dan pedih,air liur berkurang,sukar bernafas lebih ii lagi melalui mulut (hidung sudah tersumbat)
Hi,baru ii ni ENT mengesahkan saya ada deviated nasal septum dan juga ada polyp,saya akan menjalani pembedahan septoplasty pada 3 bulan yg akan datang,jadi selama tempoh menunggu,saya telah di preskripsikan dengan 2 nasal spray iaitu OxyNase(5 Days) dan Mometasone (everyday) utk digunakan selama 3 bulan…soalan saya adakah saya allergy terhadap nasal spray jenis ini berdasarkan simptom saya? Kerana saya perasan simptom ini semakin teruk selepas menggunakan oxynase selama 3 hari berturut…sebelum ini saya ok menggunakan Jenis Budanese…perlukah saya berjumpa doktor atau cuma berhenti mengambil nasal spray ini?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tekak terasa kering dan pedih, air liur berkurang adalah kesan sampingan umum untuk OxyNase. Sebabnya OxyNase adalah ubat digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dengan mengurangkan pengeluaran kahak dan cecair dalam hidung dan tekak.
Sekiranya kesan sampingan anda teruk sangat, tidak selesa sangat serta terganggu aktiviti harian anda, anda boleh berjumpa semula dengan doktor anda untuk meminta pertukaran ubat.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.