
Sulit
5 tahun
Tekak terasa sempit apabila menelan makanan/minuman
Saya wanita berumur 40 tahun. Sejak beberapa bulan lalu saya perasan sedikit sukar untuk saya menelan makanan/minuman kerana terasa tekak saya seperti sempit sedikit.
Tekak tidak sakit,tiada batuk. Cuma tak selesa dan sukar sedikit untuk menelan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah saraf
- Ketumbuhan pada tiroid
- Angina atau masalah serangan jantung
- Keradangan tekak atau kerongkong
- Kanser tekak
- Bendasing (foreign body) dalam saluran pemakanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.