
rajamuhammadfared
5 tahun
Tekak & Tonsil kanan tidak selesa
Hi Assalamualaikum doktor ,Dalam 2 minggu yg lepas saya tercekik sebuah tulang ikan kecil, sy menjadi panic dan saya memuntahkan balik semua makanan tersebut dgn menjolok tekak dgn jari dan alhamdullilah tulang ikan itu tiada lagi, tetapi dia meninggalkan kesan luka ( akibat terasa di tekak) selepas kejadian 4 hari selepas itu saya ke doktor kerana keadaan tekak tak selesa, doktor memberi antibiotik pertama ( yg agak kurang kuat), sy habiskan antibiotik itu tetapi sy terasa tonsil saya pulak yg sakit saya terus ke klinik kerajaan menerangkan kejadian itu semua, dan doktor disitu katakan tonsil sy bernanah dan dia beri satu lagi antibiotik masih makan sehingga kini, bengkak tonsil sudah berkurangan cuma persoalan sekarang tekak sy masih lagi tak selesa seperti mengeluarkan lendir & hinggus apa harus sy buat doktor? adakah sy perlu rujuk kes saya ke pakar ENT berdekatan? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tidak selesa dalam tekak anda boleh disebabkan:
- Luka atau ulser tekak
- Radang tonsil yang sedang surut
- Bengkak (edema) saluran makanan
- Bangkak kalenjar air liur
- Bengkak nod limfa - akibat jangkitan tonsil sebelumnya
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.