
eieyra21
5 tahun
Tekanan darah dan GDM
Hallo doc…sy berumur 33tahun dan sy mengandung 13minggu tekanan darah sy 107/70 masih normal? sy mengalami GDM blh sy tahu susu apa yang boleh diminum

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekanan anda adalah masih dalam batas normal. Sementara, merujuk kepada susu, memandangkan GDM adalah merujuk kepada kandungan gula darah yang tinggi, anda hendaklah mengambil susu rendah gula.
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.