Sulit
4 tahun
Tekanan darah dan jantung
Assalamualaikum hi Saya Sarah umur 26tahun dan ada 5 anak umur anak saya 7tahun,5tahun,4thun,2tahun dan 11bulan… saya nak tanya pasal tekanan darah saya normal ka tekanan darah saya 105/54 dan heart rate 97… dan boleh ka itu ambil vaksin nnty? tq…
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua pihak. Tambahan lagi, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia. Anda boleh mengambil vaksin Covid 19 di mana-mana PPV yang behampiran dengan rumah anda.
namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























