safiahdiyana96
5 tahun
Tekanan darah rendah bahaya x
Saya wanita umur 35 thn. Br 2ni sye ada cek tekanan darah tpi bacaan nye 93/63. Adakah tekanan sye rendah? Sye kerap sakit kepala dan rasa letih 2.asyik nk tido sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, bacaan tersebut adalah rendah.
Anda disarankan:
- minum air mencukupi
- makan makanan yang mengandungi garam
- mengambil masa untuk bangun daripada tidur
- berjumpa dengan doktor jika masalah masih berterusan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































