
kamal7812
5 tahun
Tekanan darah rendah walaupun badan tidak rasa sebarang komplikasi
Saya lelaki berumur 42 tahun. Pernah didiagnose sebagai hypertension oleh Klinik Kesihatan Daerah, tahun lepas. Ketika itu, berat 90kg. Dalam masa setahun, saya kurangkan berat ke 80kg dan dapati tekanan darah semakin normal. Tetapi, hari ini, saya dapati tekanan darah saya 108/65. Adakah ini rendah? Saya masih rasa sihat, boleh buat cardio, boleh workout tanpa sebarang masalah. Adakah tekanan darah yg rendah itu, normal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, bacaan tekanan darah anda sekarang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat untuk menurunkan tekanan darah yang anda ambil. Selagi anda tidak mengalami sebarang gejala seperti pening, pitam, lemah, sakit kepala dan sebagainya, anda boleh meneruskan pengambilan ubat tersebut selagi ianya masih dibawah preskripsi doktor yang merawat anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.