
Sulit
4 tahun
Tekanan darah saya 136/103/95 Dan sering alami sakit kepala sebelah petang
Leaki umur 47 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, komponen bacaan tekanan darah adalah dua, iaitu sistolik (nombor di atas) dan diastolik (nombor di bawah). Berdasarkan keterangan di atas, saya kurang jelas dengan 3 bacaan yang anda berikan. Oleh itu, pihak kami tidak dapat untuk membuat kesimpulan mengenainya.
Selain itu, untuk masalah sakit kepala, ianya boleh disebabkan oleh beberapa faktor namun sering sekali puncanya tidak diketahui. Masalah ini sering berlaku dan tidak merujuk kepadala masalah serius. Namun, sekiranya anda mengalami masalah seperti di bawah diiringi dengan sakit kepala anda, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.