
shikin4141
5 tahun
Tekanan darah tiba menurun
Saya berumur 37 tahun, ada darah tinggi dan mengambil ubat dgn kadar 4 mg sudah hampir 4 tahun. Lately ni tekanan darah saya menurun kpd106/70,104/87,110/66. Apa perlu saya buat? Stop dr mengambil ubat darah tinggi atau mcmana doktor? Sebab saya rasa sgt mengantuk, tak larat penat dan rasa nk pitam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang rawatan yang anda ambil tanpa laporan kesihatan anda. Namun, memandangkan anda telah mengalami gejala seperti hendak pitam, penat dan mengantuk, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor kesihatan anda dengan segera.
Doktor mungkin akan mengurangkan dos anda atau menukar kepada ubat lain atau memberhentikan ubat anda.
Buat masa ini, sila minum air dengan mencukupi, minta ahli keluarga anda membawa anda ke klinik dan jangan memandu kerana boleh membahayakan diri anda atau pemandu kereta lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.