
Sulit
3 tahun
Tekanan darah tinggi atau emosi xstabil?
Tidur xlena… beremosi bila perut kosong.mcm2 dipikirkan…kadang datang perasaan takut,marah,panik secara tibe2…kadang disertai sesak nafas.kadang suhu badan meningkat(37c).hidung pulak kadang ada bau busuk kadang xde. Tengkuk bila malam mesti tegang.fikiran hari2 serabut tanpa sebab. Simptom2 yg saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah emosi yang kurang stabil diikuti dengan perasaan takut, marah ataupun panik secara tiba-tiba. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Berfikiran secara berlebihan
- Bersendirian dan kurang aktiviti sosial
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Stres berlebihan
- Anxiety
- Kemurungan
- Serangan panik
- Tekanan darah tinggi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dengan membuat penilaian sama ada masalah ini berpunca daripada darah tinggi ataupun disebabkan masalah emosi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.