priyamohan218119
5 tahun
Tekanan darah tinggi dan sakit gusi
Saya wanita yang berumur 41 tahun.saya mempunyai tekanan darah tinggi dan kencing manis.sejak bulan lalu saya menghadapi sakit gusi yang menyebabkan gusi saya bengkak.apabila saya berjumpa dgn doktor gigi,doktor telah menyuruh saya untuk mencabut gigi tersebut kerana akibat sakit gigi, tekanan darah saya tinggi sangat.saya telah mecabut gigi tersebut namun tempat tersebut masih sakit dan tekanan darah tinggi juga tidak menurun.saya juga telah berjumpa dgn doktor yg selalu saya mengambil ubat tetapi mereka mengatakan bahawa pressure saya normal setelah memberi ubat tahan sakit dan ubat tekanan darah tinggi.saya masih berasa amat sakit di bahagian kepala,gusi dan belakang leher.mengapa saya masih berasa sakit walaupun saya sdh mencabut gigi dan bagaimana nk turunkan tekanan darah tinggi saya yang amat tinggi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sakit gigi yang berterusan boleh disebabkan
- kesan sampingan ubat tahan sakit
- jangkitan gusi
- nanah
sekiranya anda menghidapi gejala seperti demam, peluh pada waktu malam anda perlu mendapatkan rawatan lanjut.
Anda dinasihatkan untuk
- berehat bagi kurang tertekan
- beriadah secara sederhana
- makanan sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




























