
Sulit
3 tahun
Tekanan darah tinggi semasa hamil
Hi doctor, sy seorang wanita yg kini hamil 13minggu anak kedua… baru2 ini semasa sy menjalankan pemeriksaan utk buku buku ibu mengandung, doc dapati tekanan darah sy agak tinggi. Soalan sy, apakah punca ianya terjadi semasa sy hamil sedangkan sebelum ini (sebelum disahkan hamil) sy tiada darah tinggi dan tekanan darah normal shj… Apakah punca brlakunya masalah ini dan apakah rawatan semulajadi yg boleh sy amalkan selain mengikut nasihat doctor yg merawat sy… Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hipertensi akibat mengandung lazimnya dihidapi pada separuh kedua kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin. Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin. Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia. Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan, kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat hipertensi akibat mengandung.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan